Pages

Sunday 25 September 2011

Operasi terjah Ikea

Kecintaan terhadap kerjaya yang melampau kerana hari ini task terbaru dari En Boss adalah membuat laporan serta sesi survey di Ikea, gedung perabot kesukaan ramai.

Objective:

1- Cari display unit (shelf dan kabinet)
2- Color pilihan: white, red and black

Custom made furniture are much more expensive but the best thing about custom furniture is that, you can choose the material, design and style according to your concept. Untuk lebih penjimatan seperti I yang cost-conscious ini, Ikea adalah salah satu jalan penyelesaian. You will find a great selection of furniture and decoration with affordable price from Ikea. Mari survey, mari-mari...

Untuk menjimatkan budget, sila cari perabot yang gah di mata tapi harga di tahap - 'owh, cukup duit ni kalau nak beli' sambil check dalam purse duit ada berapa hengget.

Tolong check perabot itu muat atau tidak untuk dimasukkan ke dalam kedai. Kalau beli sebab cantik tapi tak muat masuk kedai apa kejadahnya gatal nak beli jugak. Bila tak muat, En Boss akan cakap - 'Has, kau junjung je lah perabot tu atas kepala kau'. Dammit

Buat gallery macam rumah sendiri. Jemput duduk sila rasa sofa empuk ke tidak. Hagak-hagak tak cukup empuk, boleh je hempuk sofa tu kat dinding sambil cakap kat Ikea Sales Associate - 'I don't like it. Not fluffy enough' - sedangkan dalam hati kau menyumpah-nyumpah empuk sungguh sofa ituww tapi harganya lagila empuk tak terkata. Wtf

Sila ikut concept. Jangan main redah je. Kalau kedai kau kaler merah concept modern contemporary, pastu kau beli rak kaler hijau neon concept zaman purba kala, nescaya memang kau berpotensi di berentikan kerja serta-merta.

Buat calculation and measure apa yang patut. Tolong pakai measuring tape, bukan pembaris kontot yang dipakai sewaktu zaman sekolah dulu-dulu.